Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) - Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini dibuka.
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mempelawa para pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di UPSI bagi tahun 2023. Jika anda seorang yang berkelayakan, komited dan pro-aktif untuk bersama kami menuju ke arah kebitaraan dan kecemerlangan pendidikan, berikut adalah kekosongan jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.
Bil |
Jawatan |
Gred & Taraf |
Fakulti |
Bidang |
Kriteria Pemilihan |
1. | PENSYARAH UNIVERSITI |
DS51 (Tetap/Kontrak) |
Fakulti Sains Kemanusiaan |
a. Kurikulum dan Pendidikan Pengajian Am / Pedagogi / Kurikulum Sosiologi
b. Kurikulum dan Pendidikan Geografi
c. Sejarah Malaysia
d. Pendidikan Islam
e. Syariah
f. Pendidikan Moral
g. Geografi |
Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan. |
2. | PENSYARAH UNIVERSITI |
DS51 (Tetap/Kontrak) |
Fakulti Pembangunan Manusia |
a. Sosiologi
b. Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
c. Pendidikan Khas (Ketidakupayaan Penglihatan) |
Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan. |
3. | PENSYARAH UNIVERSITI |
DS51 (Tetap/Kontrak) |
Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi |
a. IoT (Internet of Things)
b. Pembangunan Aplikasi Mudah Alih
c. Grafik Komputer
d. Pendidikan Teknologi Maklumat / Pendidikan Multimedia
e. Rangkaian Komputer
f. Matematik untuk Komputeran |
Mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang yang berkaitan. |
GAJI DAN KEMUDAHAN ELAUN
GRED JAWATAN | GAJI MINIMUM – GAJI MAKSIMUM | IMBUHAN TETAP DAN ELAUN SARA HIDUP |
Pensyarah Universiti – Gred DS51 | 5,855.00 – 12,445.00 Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) RM 290.00 | Imbuhan Tetap Keraian – RM 600.00 Imbuhan Tetap Perumahan – RM 700.00 Elaun Bantuan Sara Hidup – RM 150.00 |
SYARAT-SYARAT UMUM
a. Warganegara Malaysia;
b. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.
SYARAT-SYARAT KHUSUS
JAWATAN: PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 (TETAP/KONTRAK)
a. Mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b. Mempunyai dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti penyelidikan perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON
Pemohon Warganegara hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam Sistem Online di pautan
http://myjobs.upsi.edu.my/.
ATAU
Pemohon menghantar permohonan beserta CV kepada:
Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjung Malim, Perak
PENTING : Pemohon yang tidak menerima apa-apa maklumbalas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 27 OKTOBER 2023
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH UPSI
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman sesawang penjawatan rasmi UPSI yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://bsm.upsi.edu.my/news/iklan-kekosongan-jawatan-akademik-tetap-kontrak-tahun-2023/