Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) - Iklan kerjaya terkini tawaran kerja kosong pensyarah di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) kini dibuka untuk permohonan.
Universiti Sultan Azlan Shah mempelawa calon-calon warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang berkelayakan, dedikasi dan komited untuk mengisi kekosongan jawatan pensyarah seperti berikut;
1.Pensyarah Gred DS45
2.Pensyarah Gred DS41
3.Penolong Pensyarah Gred DS41
BIL |
JABATAN/FAKULTI |
BIDANG |
1. |
Jabatan Bahasa Arab,
Pusat Bahasa & Pengajian Asasi. |
- Bahasa Arab
- Al-Quran dan Tarannum
- Pengajian Am/ Pengajian Malaysia |
2. |
Jabatan Usuluddin,
Fakulti Pengajian Islam |
Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat
- Usuluddin/ Al-Quran/ Hadis/ Dakwah |
3. |
Jabatan Syariah,
Fakulti Pengajian Islam |
- Fiqh dan Usul Fiqh
- Syariah dan Undang-undang |
4. |
Jabatan Pengurusan,
Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat |
- Muamalat dan Kewangan Islam
- Perakaunan
- Keusahawanan
- Pemasaran
- Pentadbiran Perniagaan |
JAWATAN (1)
i. Jawatan : Pensyarah, Gred DS45
ii. Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
iv. Kumpulan : Pengurusan Profesional
v. Kadar Upah : RM 2,800.00 sebulan
JAWATAN (2)
i. Jawatan : Pensyarah, Gred DS41
ii. Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
iv. Kumpulan : Pengurusan Profesional
v. Kadar Upah : RM 2,300.00 sebulan
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia.
ii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan.
(b) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan (jika ada) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan (jika ada) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(d) Memperolehi PGNK sekurang-kurangnya 3.00 ke atas; dan
(e) Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan.
JAWATAN (3)
i. Jawatan : Penolong Pensyarah, Gred DS41
ii. Taraf Jawatan : Skim Perkhidmatan Kontrak Khas
iii. Klasifikasi : Perkhidmatan Pendidikan
iv. Kumpulan : Pengurusan Profesional
v. Kadar Upah : RM2,300.00 / Sebulan
BIL |
JABATAN/FAKULTI |
BIDANG |
1. |
Jabatan Bahasa Inggeris, Pusat Bahasa & Pengajian Asasi. |
- Bahasa Inggeris (TESL) |
(a) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
i. Warganegara Malaysia.
ii. Berumur tidak kurang dari 22 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
iii. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
iv. Lulus Malaysian Unversity English Test (MUET) seperti berikut :
- Band 6 serta memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 2 tahun;
- Band 5 serta memiliki pengalaman mengajar sekurang-kurangnya 3 tahun.
(b) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) Memperolehi PGNK sekurang-kurangnya 3.00 ke atas dan keutamaan dibeikan kepada calon yang memperolehi PNGK 3.50 ke atas.
(d) Ringkasan Tugas : bertanggungjawab dalam urusan pengajaran, menyelia dan memeriksa skrip peperiksaan dan melakukan tugas-tugas pentadbiran dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pihak Universiti dari semasa ke semasa.
KAEDAH PERMOHONAN
(a) Calon-calon boleh mengemukakan permohonan dengan menulis surat permohonan kepada:
Naib Canselor
Universiti Sultan Azlan Shah
Bukit Chandan
33000 Bandar Diraja Kuala Kangsar
Perak Darul Ridzuan.
(u.p: Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran Am)
Tel: 05-7732253/250
(b) Pemohon hendaklah menghantar permohonan secara bertulis berserta 'curriculum vitae' (c.v) yang lengkap berserta maklumat seperti berikut:
i) Butiran peribadi.
ii) Butiran untuk dihubungi.
iii) Kelayakan akademik.
iv) Pengalaman yang berkaitan.
v) Senarai penerbitan dan penyelidikan.
(c) Permohonan yang telah lengkap mestilah disertakan dengan gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) serta salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
i) Kad Pengenalan atau Pasport.
ii) Sijil Kelahiran.
iii) Sijil-sijil akademik yang berkenaan berserta transkrip. (SPM atau setaraf, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan PhD)
iv) Sijil-sijil atau dokumen lain yang berkaitan.
(d) Tarikh tutup :
Permohonan terbuka sehingga hujung tahun 2018 / sehingga
jawatan diisi.
CATATAN TAMBAHAN
a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
b) Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.
c) Segala perbelanjaan berhubung dengan permohonan / temuduga jawatan ini tidak akan ditanggung oleh Universiti Sultan Azlan Shah.