Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Permohonan Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kini dibuka. Jadilah yang terawal memohon kerja kosong pensyarah USIM hari ini.
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA adalah sebuah Universiti Awam yang juga Badan Berkanun Persekutuan di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
USIM memerlukan WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia bagi jawatan berikut:
JAWATAN
Pensyarah Universiti, Gred DS51 (Bahasa Melayu)
KELAYAKAN
Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Bahasa Melayu yang berkaitan; dan
Memiliki Ijazah Sarjana Bahasa Melayu yang berkaitan: 3.60 (CGPA); dan
Memiliki Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu yang berkaitan: 3.00 (CGPA); dan
Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/setaraf.
BIDANG
Bahasa Melayu
SYARAT TAMBAHAN
Mempunyai pengetahuan dalam bidang yang ingin diajar.
Berminat untuk mengajar pelajar-pelajar yang berpotensi tinggi.
Mempunyai jiwa pendidik dan bersedia menerima cabaran dari pelajar pintar, kreatif, kritis dan komited.
Berkeupayaan mengadaptasi kurikulum dan sukatan pelajaran bagi menyesuaikan keperluan pembelajaran pelajar pintar berbakat.
Sentiasa bersedia untuk menghadiri sesi latihan atau kursus sekiranya ditawarkan.
Memiliki kesihatan yang baik dari segi emosi, mental dan fizikal.
Mempunyai latar belakang pendidikan agama / pernah mendapatkan pendidikan agama diberikan keutamaan.
Bersedia memberi khidmat profesional yang tinggi mutunya terhadap objektif pendidikan pintar berbakat.
Memahami aspirasi dalam pembangunan “Pendidikan Pintar Berbakat”
Berkeupayaan melakukan jaringan dalam dan luar negara dalam bidang berkaitan.
Menguasai Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa diberi keutamaan.
Mempunyai kecenderungan mendalam dan memahami proses integrasi ilmu Naqli dan Aqli.
Mempunyai minat dan keupayaan menjalankan aktiviti kokurikulum.
Memahami dan menguasai keperluan kurikulum SPM yang terbaharu.
BUTIRAN PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat mulai 12 hingga 25 Januari 2024
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan dianggap gagal
Pautan borang permohonan: https://bit.ly/jawatankosongakadKPI
SUMBER JAWATAN KOSONG PENSYARAH USIM
Maklumat
jawatan kosong pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang dikongsikan di laman ini adalah bersumberkan dari laman Facebook Kolej PERMATA INSAN, USIM yang boleh diakses melalui pautan berikut:
https://facebook.com/PERMATAInsanOfficial/ sepanjang tempoh pengiklanan jawatan.