Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) - Iklan Kerja Kosong Pensyarah UMP 2019. Permohonan
Jawatan Kosong Pensyarah Universiti Malaysia Pahang kini dibuka.
Universiti Malaysia Pahang dengan ini mempelawa calon-calon pensyarah dikalangan Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi
jawatan kosong terkini bahagian pentadbiran (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) di Kampus Gambang.
PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45/DS51/52/DS53/54/VK7/VK6/VK5
Jumlah Kekosongan Jawatan - TETAP / KONTRAK : 6
A. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS45 ;
Tangga Gaji RM3,070.00 (minimum) - RM11,095.00 (maksimum)
B. PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51 ;
Tangga Gaji RM5,855.00 (minimum) - RM12,445.00 (maksimum)
C. PROFESOR MADYA GRED DS53 ;
Tangga Gaji RM6,162.00 (minimum) - RM13,235.00 (maksimum)
D. PROFESOR GRED KHAS C (VK7) ;
Tangga Gaji RM7,676.00 (minimum) - RM20,592.00 (maksimum)
SYARAT KELAYAKAN
CALON HENDAKLAH MEMILIKI KELAYAKAN ASAS SEPERTI BERIKUT:
1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
4. Memiliki ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00).
KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PENSYARAH UNIVERSITI GRED DS51
5. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 4 ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS51: RM5,855.00); dan
(iv) syarat tambahan kepada pemohon bukan warganegara bagi jawatan Pensyarah Universiti Gred DS51 hendaklah memiliki :
a. pengalaman relevan sekurang-kurangnya 8 tahun; atau
b. pengalaman antara 6 hingga 7 tahun bagi calon dalam bidang kritikal
KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR MADYA GRED DS53
6. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 4 ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53: RM6,162.00); dan
(iv) syarat tambahan kepada pemohon bukan warganegara bagi jawatan Profesor Madya Gred DS53 hendaklah memiliki :
a. pengalaman relevan sekurang-kurangnya 11 tahun; atau
b. pengalaman antara 9 hingga 10 tahun bagi calon dalam bidang kritikal
KELAYAKAN LANTIKAN BAGI JAWATAN PROFESOR GRED KHAS C (VK7)
7. (i) mempunyai kelayakan seperti di perenggan 4 ;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C: RM7,676.00); dan
(iv) syarat tambahan kepada pemohon bukan warganegara bagi jawatan
Profesor Gred Khas C (VK7) hendaklah memiliki :
a. pengalaman relevan sekurang-kurangnya 15 tahun; atau
b. pengalaman antara 12 hingga 14 tahun bagi calon dalam bidang kritikal
Keutamaan kepada calon yang mempunyai kemahiran dalam bidang:
1) Project Management
2) Finance
3) Entrepreneurship
4) Marketing
5) Engineering Management
Klasifikasi Bidang:
1. PROJECT MANAGEMENT
Project Management
Construction Management / Technology
IT in Project Management
Contract & Procurement
2. MARKETING
Principles of Marketing
Service Marketing
Social Media Analytics
Customer Relationship Management
Customer Analytics
Service Marketing
3. ENTREPRENEURSHIP
Entrepreneurship
Commercialization
4. FINANCE
Financial Accounting
Financial Management
5. ENGINEERING MANAGEMENT
Management of technology
New product development and product engineering
Systems engineering
Management science
Engineering design management
Syarat Tambahan :
1. Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD)
2. Mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan
3. Memiliki sijil dalam mana-mana perisian pengurusan projek (Microsoft Project/ Primavera) - * untuk bidang Project Management sahaja
PENETAPAN GAJI PERMULAAN
Gaji permulaan yang lebih tinggi daripada gaji minimum boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik UMP berasaskan pengalaman kerja atau kemahiran berkaitan.
SYARAT-SYARAT UMUM
Pemohon-pemohon yang memohon jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
TARAF JAWATAN
Jawatan akan dilantik secara Tetap / Kontrak.
UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat pemohon di laman web UMP, E-recruitment UMP
PERMOHONAN OLEH PEGAWAI YANG SEDANG BERKHIDMAT
Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan tiga (3) tahun terakhir, salinan Kenyataan Perkhidmatan yang terkini dan ulasan majikan sama ada menyokong atau tidak permohonan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, Para 18. Sila hantarkan ke alamat berikut :
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN PENDAFTAR
CANSELERI TUN ABDUL RAZAK
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG,
26600 PEKAN,
PAHANG DARUL MAKMUR
(U/P : UNIT PELANTIKAN)
CATATAN AM
(a) Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga melalui emel yang telah berdaftar dengan UMP.
(b) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
(c) Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.
PERMOHONAN ATAS TALIAN
TARIKH BUKA : 04/10/2022
TARIKH TUTUP : 18/10/2022
PAUTAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UMP