Jawatan Kosong Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak - Iklan kerja kosong Pensyarah UiTM Cawangan Sarawak kini dibuka untuk permohonan.
Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon
Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan Akademik berikut di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak.
JAWATAN : PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP
GRED GAJI |
GAJI MINIMUM |
GAJI MAKSIMUM |
DM45 |
RM 3,070.00 |
RM 11,095.00 |
DM51 |
RM 5,855.00 |
RM 12,445.00 |
DM53
(Prof. Madya)
|
RM 6,162.00 |
RM 13,235.00 |
Profesor
(Gred Khas C) : VK 7
|
RM 7,190.00 |
RM 14,587.54 |
JAWATAN: PENSYARAH UiTM (GRED DM45) / PENSYARAH KANAN (GRED DM51) / PROFESOR MADYA (GRED DM53) / PROFESOR (GRED KHAS C) SECARA TETAP
AKADEMI/ FAKULTI |
BIDANG |
Pengurusan Perniagaan |
Pengurusan |
Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi |
Pengurusan Sukan |
Fakulti Perakaunan |
Perakaunan |
Akademi Pengajian Bahasa |
Mandarin |
Akademi Pengajian Islam Dan Kontemporari |
Syariah dan Muamalat |
Syarat-syarat kelayakan:
PENSYARAH UiTM
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM45
(a) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(ii) Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia; atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM51
(c) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DM53 (Profesor Madya)
(d) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
(e) (i) memiliki kelayakan seperti di perenggan (a) dan (b) di atas;
(ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan
(iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
PERHATIAN KEPADA PEMOHON
1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur
tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan
SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
3. Setiap permohonan
MESTILAH disertai bersama
SALINAN dokumen berikut yang telah
DISAHKAN :
Kad Pengenalan
Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
4. Nama bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
5.
Pemohon-pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
6. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan
tidak akan diproses.
7. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
8 Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas
enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
9. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di mana-mana kampus UiTM.
PERMOHONAN
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan
Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007 yang boleh didapati sendiri di
Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sarawak atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang di
http://sarawak.uitm.edu.my/
Tarikh tutup permohonan adalah pada
11 Julai 2020 (Jumaat).
Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SARAWAK
KAMPUS SAMARAHAN
94300 KOTA SAMARAHAN
SARAWAK