Jawatan Kosong Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) - Iklan kerjaya tawaran kerja Kosong Pensyarah di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan, pro-aktif dan komited, anda adalah dipelawa untuk mengisi jawatan kosong pensyarah dalam perkhidmatan awam di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Jawatan: PENSYARAH
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: Perkhidmatan Pendidikan
GRED: DS45
BIDANG-BIDANG BERKAITAN:
(a) Komunikasi/Komunikasi Media/Komunikasi Korporat
(b) Pengajian Islam/Pengajian Tamadun/Sejarah Islam dan Ketamadunan/Sejarah/Etika dan Ketamadunan
(d) Keusahawanan/Pengurusan Perniagaan
(e) Psikologi (Pendidikan ataupun bukan pendididkan)
(f) Kaunseling Psikologi (Pendidikan ataupun bukan Pendidikan)
(g) Sains Sosial (Komunikasi/Psikologi)
(h) Psikologi Industri/OB-Tingkahlaku Organisasi
(i) Pengurusan Sumber Manusia
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : RM3070);
ATAU
Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00);
ATAU
Ijazah Doktor Perubatan Veterinar dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,070.00);
ATAU
kelayakan Perubatan Veterinar yang berdaftar sebagai Doktor Veterinar di bawah Jadual II Bahagian I, Akta Doktor Veterinar 1974 dan diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37);
ATAU
Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45: RM3,380.37).
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA-CARA MEMOHON:
Permohonan adalah secara atas talian, sila rujuk iklan rasmi Jawatan Kosong Pensyarah UniMAP melalui pautan di bawah.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN:
Jawatan Akademik :
12 MEI 2021
KEPUTUSAN :
Calon-calon yang berjaya ditapis sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan daripada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
PAUTAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PENSYARAH UNIMAP DISINI